top of page
  • fatihahthefirm

KOMUNIKASI EFEKTIF ANTARA SUAMI ISTERI

Kunci asas yang paling penting kepada pembentukan keluarga yang sejahtera adalah dengan adanya komunikasi berkesan antara suami isteri.


Terdapat dua kemahiran penting dalam komunikasi berkesan iaitu mendengar dan berbicara. Ia dikenali sebagai ‘kemahiran mendengar dan berbicara’.


1) Mendengar


-Berikan perhatian kepada pasangan kita yang sedang bercakap. Tunjukkan yang kita betul-betul hendak mendengar apa yang dikatakan oleh pasangan kita itu. Letak tepi sekejap phone kita tu.

-Elakkan daripada interrupt. Kekal diam apabila pasangan kita sedang cakap sesuatu kepada kita.

- Kita seharusnya ulang semula apa yang diberitahu oleh pasangan kita menggunakan ayat kita sendiri. Ini menunjukkan kita betul-betul dengar dan faham dengan apa yang dinyatakan oleh pasangan kita.


2) Berbicara


- ‘Set' dalam diri kita untuk bercakap dengan jujur untuk apa yang kita fikir atau rasai.

-Gunakan panggilan “saya...” untuk membolehkan pasangan tahu apa yang kita sedang rasa terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh pasangan kita itu dan bagaimana yang kita harapkan dari pasangan. Contohnya: “saya rasa sunyi, sedih apabila awak selalu keluar malam, saya harap awak dapat kurangkan masa di luar dan bersama dengan saya di rumah. Mudahan pasangan kita tahu apa yang kita harapkan itu benar-benar ikhlas dari hati kita yang perlukan kewujudannya disisi.

-Gunakan pernyataan yang spesifik tentang apa yang kita nak cakap pada waktu itu. Kita harus cuba elakkan pernyataan umum seperti “Awak selalu...” atau “Awak tidak pernah”. Contohnya, kita cakap “Awak tak pernah kisah pasal saya”. Bunyinya pun sudah tak relevan, mana ada orang yang tak ambil kisah langsung tentang pasangan mereka kan. Padahal waktu tu kita sebenarnya hanya nak cakap, “Awak ni kenapa tak angkat saya telefon dari tadi?”. Dah tak pasal-pasal dari hal kecil, boleh cetuskan pergaduhan pula kan.

-Tumpukan kepada isu yang sedang dibincangkan sekarang, elakkan dari mengungkit isu-isu lama atau pertengkaran lepas dalam perbincangan. Kalau ikut nak ungkit, tak kemana juga dan kalau sampai 7 keturunan pun belum tentu habis juga kan.


Walau kita rasa marah dan tak puas hati mana pun kita terhadap pasangan, sebolehnya pandanglah wajah cantik dan hensem pasangan kita itu dan wujudkan ‘eye contact’ apabila kita berbicara dengannya untuk kita tahu eskspresi air muka dan bahasa badan masing-masing. Ia boleh membuatkan kita lebih memahami dan mengetahui sebetulnya perasaan dan keadaan sebenar pasangan kita.


Sekiranya semasa kita sedang berbincang, dan perbincangan itu bertukar menjadi pertengkaran, ambil lah masa untuk bertenang. Carilah masa lain yang sesuai untuk kita teruskan perbincangan yang belum selesai. Sekiranya kita nak berbincang tentang sesuatu hal, mulakanlah dengan sesuatu yang santai dahulu untuk membawa ‘mood’ yang baik sebelum masuk kepada perbincangan yang lebih serius.


Paling penting, hormatilah mereka dengan bercakap mengunakan bahasa yang baik dan elakkan dari menggunakan kata-kata kesat kepada pasangan walaupun kita tidak berapa setuju dengan apa yang dikatakan oleh pasangan kita itu. Raikanlah pendapat itu kerana ia adalah pilihan tersendiri setiap individu, yang mana tiada ukuran betul ataupun salah.


Practice makes perfect! Jom kita perbaiki cara kita berkomunikasi antara suami isteri.


Disediakan oleh:

Nur Amalina Binti Abd Laziz

Kaunselor di Tetuan Fatihah Salahuddin


6 views0 comments

留言


Post: Blog2_Post
bottom of page