top of page
  • fatihahthefirm

KIRAAN TEMPOH IDDAH BAGI WANITA YANG MEMPUNYAI HAID TIDAK MENENTU

Ilustrasi:-


Salmah dan Takiri telah bercerai kali pertama dengan talak 1 di Mahkamah Rendah Syariah 2 hari yang lalu. Salmah berumur 35 tahun dan mempunyai aturan haid yang tidak menentu. Salmah keliru tentang kiraan tempoh Iddahnya memandangkan ianya memberi kesan terhadap Nafkah Iddah yang perlu dibayar oleh Takiri.

Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM, terdapat 2 situasi yang menjadi kiraan tempoh Iddah:


1. Sekiranya haid tak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya, hendaklah dia menjalani Iddah selama tiga kali suci.


2. Sekiranya haid tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah hendaklah dia menjalani Iddah selama 3 bulan.

Hak terhadap Nafkah Iddah oleh Salmah


- Salmah berhak terhadap Nafkah tempat tinggal, pakaian, makan dan minum sepanjang tempoh Iddahnya berdasarkan kiraan Iddah di atas.


Oleh:

Fatihah Salahuddin, Peguam Syarie



2 views0 comments

Yorumlar


Post: Blog2_Post
bottom of page