top of page
  • fatihahthefirm

MENGISYTIHARKAN SESEORANG SEBAGAI BUKAN MUSLIM SEJAK AWAL

Hari ini kecoh isu Rosliza Ibrahim diisytiharkan sebagai seorang yang bukan menganut agama Islam. Kes sebegini adalah bukan satu kes yang janggal mahupun di Mahkamah Syariah.


Permohonan sebegini selalunya berlaku setelah pemohon mempunyai sebab yang kuat dan jelas untuk menjelaskan status agama yang dianuti.

Contohnya, apabila pemohon sudah dewasa & ingin berkahwin atau pemohon yang mempunyai anak untuk didaftarkan di JPN kerana anak yang dilahirkan akan menghadapi masalah untuk didaftarkan akibat status agama yang tidak jelas dan status perhubungan serta agama Ibu Bapa yang tidak jelas.


Status yang tidak jelas dalam sijil kelahiran ini akan membawa masalah kepada pendaftaran untuk mendapatkan kad pengenalan terhadap anak-anak yang dilahirkan itu.


Saya ingin berkongsi pengalaman di mana firma guaman yang saya pernah bekerja dahulu pernah membawa kes sebegini. Status agama pemohon atas kad pengenalan adalah Islam. Tetapi pemohon tidak pernah hidup secara gaya Islam. Sepanjang hidup mengamalkan gaya hidup sebagai seorang yang menganut agama Hindu. Sama seperti kes Rosliza ini, Bapa seorang Muslim manakala Ibu seorang Hindu. Kedua-duanya tidak pernah berkahwin.

Apabila pemohon mempunyai anak dan ingin berkahwin, ianya mendatangkan masalah kepada pemohon untuk mendaftarkan anak di JPN kerana pemohon tidak berkahwin dan ingin berkahwin dengan lelaki hindu.


Jadi, adalah penting untuk mahkamah mempertimbangkan permohonan pemohon berdasarkan status pernikahan ibu bapa, agama ibu dan bapa (tidak berkahwin), gaya hidup agama yang diamal dan lain-lain pertimbangan yang dirasakan wajar.

Istilah yang digunakan peguam-peguam juga adalah penting. Ianya bukan suatu permohonan untuk keluar daripada agama Islam. Ianya adalah permohonan untuk mengisytiharkan pemohon sebagai seorang bukan muslim sejak dari awal/lahir.

Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie








66 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page