top of page
  • fatihahthefirm

SIJIL KELAHIRAN PENTING KE? KALAU HILANG MACAM MANA?

Keperluan untuk mengemukakan Sijil Kelahiran adalah diperlukan dalam prosedur Mahkamah mahupun urusan-urusan kerajaan malah, dalam prosedur tertentu ianya diwajibkan dan kegagalan mengemukakan Sijil Kelahiran boleh melambatkan dan membatalkan sesuatu permohonan. Jom ketahui bila ianya diperlukan.


Keperluan mengemukakan Sijil Kelahiran dalam prosedur Mahkamah Syariah apabila anda membuat:


  1. Permohonan Sijil Faraid;

  2. Pengesahan Hibah & Wasiat;

  3. Tuntutan Perceraian, Fasakh, Pengesahan Lafaz Cerai (Sijil Kelahiran Anak-anak);

  4. Tuntutan Harta Sepencarian;

  5. Tuntutan Nafkah Anak;

  6. Tuntuan Hak Jagaan Anak;

  7. Permohonan/Tuntutan Kebenaran Poligami


Apa nak buat kalau Sijil Kelahiran hilang?


  1. Anda boleh buat carian/cabutan di Jabatan Prndaftaran Negara (JPN) Bahagian Kelahiran & Kematian;

  2. Isi borang JPN.LM12 (Borang ini harus diambil di JPN yang terdekat dengan anda. Borang di website JPN tidak boleh digunakan);

  3. Kemukakan salinan Kad Pengenalan anda.

Siapa yang boleh buat permohonan Sijil Kelahiran di JPN?

  1. Tuan badan/pemilik Sijil Kelahiran tersebut;

  2. Ibu/Bapa Kandung

  3. Suami/Isteri;

  4. Anak Kandung/Anak Angkat yang sah

  5. Adik-beradik Kandung;

  6. Penjaga sah;

  7. Firma Guaman;

  8. Badan Berkanun;

  9. Agensi Kerajaan;

Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk buat carian, anda boleh lantik peguam untuk buat carian bagi pihak anda. Dokumen yang perlu disediakan oleh peguam adalah:


  1. Surat Lantikan daripada Anakguam (Salinan asal);

  2. Surat Permohonan Rasmi daripada firma guaman (Surat ini perlu dicop oleh cop BC (Bar Council) peguam yang memohon);

  3. Borang JPN.LM12 (pastikan ruang perakuan permohonan ditandatangani oleh peguam dan disertakan cop BC (Bar Council));

  4. Salinan Kad Pengenalan Peguam yang diakui sah (Cop BC peguam selain peguam yg memohon)

  5. Salinan Kad Pengenalan Anakguam yang diakui sah oleh cop BC peguam yang memohon;

  6. Sekiranya peguam mengupah despatch/runner untuk uruskan, Surat Wakil Kuasa adalah diperlukan;

  7. Salinan Kad Pengenalan runner/despatch yang diakui sah oleh cop BC peguam yang memohon.

Selalunya permohonan untuk carian/cabutan Sijil Kelahiran ni mengambil masa 14 hari bekerja.


Pesanan mesra prosedur JPN semasa PKP: pastikan anda buat temujanji dengan JPN melalui MYJanjiTemu di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my terlebih dahulu sebelum berurusan di kaunter.


Oleh:-

Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie



118 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page