top of page
  • fatihahthefirm

BAPA BAWA LARI ANAK! POLIS TAK NAK BAGI KERJASAMA.

Kita selalu dengar kes bapa bawa lari anak sedangkan si ibu ada perintah induk/perintah interim hak jagaan anak begitu juga sebaliknya. Macam mana insiden seperti ini boleh berlaku?


Pada kebiasaannya, sementara menunggu kes induk selesai, pihak yang merasakan perlunya mendapatkan Hak Jagaan Anak sementera menunggu kes induk selesai boleh memfailkan Hak Jagaan Anak Secara Interim. Pertelingkahan sebegini sekiranya tidak dapat dikawal oleh rasional pasangan boleh menjerumus kepada "membawa lari anak". Terdapat beberapa sebab mengapa perkara sebegini boleh berlaku:


1. KELOMPONGAN DALAM KANDUNGAN PERINTAH YANG DIMOHON.


- Perlu diingatkan bahawa kandungan perintah yang dimohon oleh Pihak-pihak adalah penting. Sekiranya anda hanya memohon Hak Jagaan Anak secara umum tanpa memperincikan bagaimana perintah tersebut dilaksanakan, ini akan menyukarkan pihak berkuasa seperti polis dan pegawai imigresen mengambil tindakan. Tambahan lagi yang "membawa lari" anak tersebut adalah ibu/bapa bukan orang asing.


2. KERJASAMA PIHAK BERKUASA PERLU DISEBUT DALAM PELAKSANAAN PERINTAH YANG DIMOHON.


- Kerjasama daripada pihak polis, imigresen dan lain-lain pihak yang berkuasa perlu disebut dan dinyatakan secara terperici dalam permohonan Hak Jagaan Anak. Seperti contoh :-


" Pihak polis, Pegawai Imigresen dan Pihak Kedutaan hendaklah memberikan kerjasama bagi melaksanakan perintah ini" atau " Pengawasan daripada pihak polis adalah diperlukan bagi sepanjang tempoh lawatan Plaintif/Defendan" dan lain-lain yang relevan.


Bukan salah mahkamah dan pihak berkuasa sekiranya insiden seperti ini terjadi. Ianya berlaku akibat kelompongan perintah yang dipohon oleh pihak-pihak. Selain itu, peguam juga perlu lebih teliti dalam memperincikan perintah yang dipohon oleh pihak yang diwakilinya.


Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie


Kredit gambar: cilisos.my




26 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page