top of page

STIGMA MASYARAKAT TERHADAP ISU HADHANAH (HAK JAGAAN ANAK), NUSYUZ DAN FASAKH

fatihahthefirm

Biasa tak dengar "betul ke kalau perempuan kahwin lain boleh hilang kelayakan Hadhanah?", "Perempuan yang disabitkan Nusyuz tak boleh tuntut apa-apa ke?", "Eh, Kau dah mohon Fasakh kat Mahkamah mana layak nak tuntut apa-apa daripada bekas suami kau".


1. Hadhanah (Hak Jagaan Anak)


- Tiada peruntukan yang menyatakan wanita yang telah berpisah dan ingin berkahwin lain boleh hilang kelayakan hadhanah. Seksyen 83 Akta 303 menyatakan wanita yang berkahwin lain hanya boleh hilang kelayakan hadhanah sekiranya kebajikan anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya terabai dalam perkahwinannya yang baru.


- Selagi kebajikan anak-anak tersebut terjaga, tiada masalah wanita tersebut nak kahwin baru berapa kali pun setelah berpisah.


2. Nusyuz


- Wanita yang disabitkan Nusyuz oleh Mahkamah berhak untuk menuntut muta'ah, hadhanah, nafkah tertunggak (sebelum disabitkan nusyuz), hutang dalam perkahwinan,nafkah anak dan harta sepencarian. Seorang wanita yang disabitkan Nusyuz oleh Mahkamah hanya kehilangan hak terhadap nafkah ke atas dirinya sahaja.


3. Fasakh


- Wanita yang memohon perpisahan melalui Fasakh di Mahkamah mempunyai hak terhadap nafkah eddah, nafkah tertunggak, hutang dalam perkahwinan, muta'ah, harta sepencarian dan nafkah anak.


Oleh:-

Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie






 
 
 

Recent Posts

See All

GANTI RUGI PERTUNANGAN

Sekiranya anda menghadapi situasi begini, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil? Bagaimana dengan kerugian bagi persiapan...

Comments


Post: Blog2_Post

Tetuan Fatihah Salahuddin

©2021 by Fatihah The Firm. Proudly created with Wix.com

bottom of page