top of page

GANTI RUGI PERTUNANGAN

fatihahthefirm

Sekiranya anda menghadapi situasi begini, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil? Bagaimana dengan kerugian bagi persiapan perkahwinan yang telah siap 100%?


Jawapan:


1. Sebagai pihak yang terkilan, anda boleh memfailkan ganti rugi pertunangan di Mahkamah Syariah.


2. Nilaikan kerugian yang telah ditanggung seperti perbelanjaan katering, tempahan dewan, jurugambar, perbelanjaan hantaran dan kos-kos yang berkaitan. Adalah penting untuk simpan setiap rekod transaksi pembayaran dan perbelanjaan bagi persediaan perkahwinan.


Tuntutan ganti rugi pertunangan ini diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarg Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Dan di bawah peruntukan Enakmen Keluarga Islam negeri-negeri.


Seksyen 15. Pertunangan.


Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syara', sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.


Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie


 
 
 

Yorumlar


Post: Blog2_Post

Tetuan Fatihah Salahuddin

©2021 by Fatihah The Firm. Proudly created with Wix.com

bottom of page