top of page

TERJAH MAJLIS SEBAB NAK SERAH SAMAN?

  • fatihahthefirm
  • Oct 8, 2025
  • 1 min read

Sebenarnya memang prosedur undang-undang untuk serahkan Saman secara kediri kepada orang yang dituntut (Defendan).


Bila kita failkan kes di Mahkamah, Mahkamah akan keluarkan Saman untuk setiap pihak. Dan untuk pihak Defendan, ianya perlu diserahkan oleh pihak Plaintif.


1) Saman ni adalah notis kehadiran ke Mahkamah.


2) Serahan secara kediri ni maksudnya memang kena bagi Saman kat tuan badan (Defendan). Tak boleh dibuat secara pos, courier, whatsapp atau email. Dan Saman juga tidak boleh diterima oleh wakil Defendan, melainkan peguam yg dilantik.


Kenapa prosedur ni penting? Sebab bila Saman telah diserahkan secara sempurna, barulah kes boleh diteruskan walaupun tanpa kehadiran Defendan. Waran tangkap juga boleh dikeluarkan oleh Mahkamah kalau Defendan enggan bagi kerjasama datang ke Mahkamah.


Jadi, adakah satu kesalahan terjah majlis nikah bekas suami untuk serahan Saman?


Bagi pendapat saya, tidak salah sebab ianya memang prosedur undang-undang untuk serahkan Saman secara kediri kepada orang yang dituntut mengikut keberadaan orang yang dituntut itu.


Memang digalakkan untuk record/ambil gambar semasa Saman diserahkan kepada Defendan sebagai bukti serahan Saman telah sempurna.


Tetuan Fatihah Salahuddin.



 
 
 

Recent Posts

See All
GANTI RUGI PERTUNANGAN

Sekiranya anda menghadapi situasi begini, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil? Bagaimana dengan kerugian bagi persiapan...

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Tetuan Fatihah Salahuddin

©2021 by Fatihah The Firm. Proudly created with Wix.com

bottom of page