top of page
  • fatihahthefirm

PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN SIJIL FARAID DI MAHKAMAH

Permohonan untuk mendapatkan Sijil Faraid di Mahkamah adalah penting bagi menguruskan harta Si Mati. Berikut adalah prosedur permohonan Faraid di Mhakamah Syariah:-

  1. Isi borang MS 3 bagi Notis Permohonan & MS 26 bagi Afidavit Sokongan yang perlu diangkat sumpah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.- Boleh dapatkan borang tersebut di Mahkamah Syariah.

  2. Pemohon juga perlu sertakan Ekshibit Dokumen-Dokumen yang diperlukan (sila rujuk posting bertarikh 3/3/2021).

  3. Setelah borang lengkap, pemohon boleh memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah dan membuat pembayaran pemfailan seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah.

  4. Pemohon hendaklah hadir pada tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan.

  5. Bawa dokumen-dokumen asal seperti Sijil Kematian, Sijil Pernikahan, Sijil Kelahiran dan lain-lain dokumen yang berkaitan pada tarikh perbicaraan.

  6. Bawa sekurang-kurangnya dua orang saksi untuk siasatan Faraid dilakukan.

  7. Pemohon hendaklah peka dengan arahan Mahkamah dari semasa ke semasa.

  8. Sekiranya Mahkamah berpuas hati, Mahkamah akan memutuskan permohonan pemohon diluluskan.

  9. Sentiasa follow up dengan Mahkmah berkaitan status perintah/Sijil Faraid. Kalau boleh, call Mahkamah terlebih dahulu.

  10. Sekiranya perintah/Sijil Faraid telah siap, pemohon perlulah membuat pembayaran perintah/Sijil Faraid di Mahkamah terlebih dahulu.

  11. Setelah bayaran dibuat, pemohon bolehlah mendapatkan Sijil Faraid tersebut untuk pengurusan harta Si Mati.


10 views0 comments

コメント


Post: Blog2_Post
bottom of page