top of page
  • fatihahthefirm

PROSEDUR TUNTUTAN HADHANAH


Hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak boleh difailkan semasa perceraian atau selepas perceraian. Hak penjagaan kanak-kanak ini meliputi hak jagaan kekal, hak jagaan sementara, hak lawatan dan hak bermalam. Berikut adalah prosedur bagi Tuntutan Hadhanah di Mahkamah Syariah:-

  1. Pihak yang ingin menuntut (Plaintif) hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan.

  2. Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak seperti bila berkahwin, berapa orang anak daripada hasil perkahwinan dan sebagainya.

  3. Kemudian, perlu dinyatakan sebab-sebab ingin menuntut hak penjagaan kanak-kanak.

  4. Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak,serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

  5. Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Hadhanah di kaunter mahkamah.

  6. Mahkamah akan bagi notis Sulh.

  7. Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).

  8. Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.

  9. Pihak-pihak perlu hadir ke Majlis Sulh bagi perbincangan sekiranya boleh diselesaikan secara persetujuan bersama.

  10. Sekiranya Majlis Sulh berjaya, pihak-pihak hendaklah memastikan terma-terma yang dipersetujui direkodkan oleh Pegawai Sulh sebelum ianya diendorskan menjadi Perintah Perjanjian Persetujuan Bersama.

  11. Sekiranya Majlis Sulh tidak berjaya, Defendan perlu memfailkan Pembelaan & Tuntutan Balas bagi menjawan Pernyataan Tuntutan Plaintif.

  12. Plaintif kemudiannya perlu memfailkan Pernyataan Pembelaan Terhadap Tuntutan Balas Defendan.

  13. Seterusnya, mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi pengurusan kes sebelum prosiding perbicaraan dijalankan.

  14. Setelah pliding lengkap, mahkamah akan tetapkan tarikh perbicaraan.

  15. Setelah perbicaraan selesai, mahkamah akan arahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan secara bertulis.

  16. Setelah Hujahan Bertulis dan Hujhan Balasan difailkan, Mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi keputusan.

  17. Pihak-pihak boleh dapatkan perintah bersih daripada Mahkamah setelah pembayaran dibuat.

Semoga bermanfaat.


Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie

128 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page