top of page
  • fatihahthefirm

PROSEDUR PENGESAHAN LAFAZ CERAI

Pengesahan lafaz cerai perlu dibuat di mahkamah sekiranya si suami menceraikan isteri di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah. Namun, pihak-pihak sama ada isteri mahupun suami perlu mengikuti prosedur mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz cerai.

  1. Pihak-pihak hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan bagi pengesahan lafaz cerai.

  2. Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak seperti bila berkahwin, berapa orang anak daripada hasil perkahwinan dan sebagainya.

  3. Kemudian, perlu dinyatakan fakta berkaitan kronologi lafaz cerai seperti bila dilafazkan, di mana dilafazkan, bila kali pertama dilafazkan (sekiranya lebih daripada sekali lafaz cerai), apakah lafaz yang diungkapkan oleh si suami, pernah rujuk atau tidak, apakah keadaan si suami ketika melafazkan cerai (waras atau tidak), ada saksi waktu kejadian atau tidak.

  4. Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak, I/C saksi sekiranya ada, serta dokumen yang berkaitan seperti salinan screenshot lafaz cerai (sekiranya si suami lafazkan cerai melalui Whatsapp, FB Messanger, SMS, Telegram atau email).

  5. Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai di kaunter mahkamah.

  6. Mahkamah akan bagi notis perbicaran.

  7. Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).

  8. Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.

  9. Pihak-pihak perlu hadir ke mahkamah.

  10. Siasatan oleh Mahkamah.

  11. Keputusan oleh Mahkamah.

Semoga bermanfaat.


Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie di Tetuan Fatihah Salahuddin



11 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page