Terdapat dua (2) jenis lafaz cerai:
1. Lafaz Sorih: lafaz yang jelas membawa maksud bercerai walaupun tanpa niat.
Contoh: "aku ceraikan kau" , "aku jatuhkan talak ke atas engkau" .
2. Lafaz Kinayah: kiasan atau sindiran. Lafaz yang tidak jelas membawa maksud perpisahan yang memerlukan kepada niat untuk mengesahkannya.
Contoh: "kita bukan suami isteri lagi" , "kau bukan isteriku lagi" , "kau tiada kena mengena dengan aku"
Pengesahan lafaz cerai sama ada lafaz sorih atau lafaz kinayah, perlu dibuat pengesahan di Mahkamah Syariah. Hanya hakim boleh mengesahkan sesuatu lafaz cerai.
Peringatan: perlu dibuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah untuk disiasat dan untuk rekod perpisahan/rujuk terutamanya sekiranya Mahkamah mendapati lafaz yang disebut tersebut terjatuhnya talak.
Semoga bermanfaat.
Peguam Syarie,
Fatihah Salahuddin
Comentários