top of page
  • fatihahthefirm

MENJANJIKAN KEMENANGAN KEPADA KLIEN/ANAKGUAM BUKAN SUATU AMALAN YANG BAIK

Updated: Feb 14, 2021

Anda biasa menonton drama Suits? Siapa yang tidak kenal Harvey Specter. Yang mengenali Harvey Specter juga akan mengenali "protuge"nya Micheal Ross yang dikenali sebagai Mike.


Sekiranya anda menonton episode 12 season 6, anda ditayangkan dengan satu part riak Mike Ross yang terkejut apabila legal assistant di sebuah klinik guaman, Marissa menjanjikan kemenangan terhadap anakguamnya lalu Mike menyanggahnya dengan mengatakan "ARE YOU CRAZY?!"


Mengapa menjanjikan kemenangan kepada klien/anakguam bukan suatu amalan yang baik?

  1. Adalah menjadi kesilapan apabila seorang peguam memberikan harapan tinggi kepada anakguam kerana mereka telah pun berada dalam keadaan terdesak. Memberikan harapan yang tinggi kepada orang yang terdesak mampu "membunuh" mereka sekiranya kes yang dibawa tidak menyebelahi mereka.

  2. Adalah menjadi kesilapan apabila peguam tidak menasihati anakguam secara realistik berdasarkan prosedur dan teknikal sesebuah kes sebaliknya menasihati mereka secara "fantasi".

  3. Adalah menjadi kesilapan apabila peguam menganggap sesebuah kes itu adalah penentu "kalah atau menang" diakhir prosiding. Sebaliknya, apa yang perlu diketengahkan oleh peguam adalah hak-hak anakguam dengan tidak menafikan hak-hak pihak lawan berdasarkan peruntukan undang-undang.

Jadi, menasihati klien secara realistik adalah penting. Ini juga memberi ruang kepada peguam bagi mengawal klien untuk menjadi tidak terlalu beremosi.


Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie










50 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page