top of page
  • fatihahthefirm

ISTERI NUSYUZ: APA SUAMI PERLU BUAT?

Umum tahu apa itu nusyuz. Setiap pasangan diuji dengan badai rumahtangga yang berbeza. Sebagai seorang suami, apa yang anda perlu lakukan sekiranya isteri anda menunjukkan tanda-tanda nusyuz?


  1. Suami boleh menuntut isteri agar kembali taat di Mahkamah Syariah (sekiranya masih lagi boleh dididik).

  2. Suami boleh memohon perpisahan melalui tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah (sekiranya tiada harapan untuk perbaiki perkahwinan).

Mungkin anda jarang dengar suami menuntut fasakh daripada isteri tetapi perpisahan melalui cara ini adalah dibenarkan oleh Hukum Syarak. Kesannya? Jumlah talak yang dipegang oleh suami tidak berkurangan sekiranya berpisah melalui fasakh. Namun, sekiranya pasangan ingin kembali bersama, mereka bolehlah berkahwin dengan akad yang baru dan mahar yang baru.


Bagi si suami, sekiranya tiada harapan lagi untuk si isteri dididik, tuntutan fasakh adalah lebih praktikal. Ini kerana dalam perbicaraan fasakh ini, si suami hendaklah membuktikan perlakuan buruk si isteri yang membelakangkan Hukum Syarak sehingga menyebabkan perpisahan tersebut di Mahkamah.


Sekiranya si isteri telah memfailkan perceraian dan pada masa yang sama si suami ingin memfailkan fasakh, salah satu kes tersebut hendaklah ditarik balik. Sekiranya tidak, Mahkamah akan menolak salah satu kes tersebut.


Tuntutan Nusyuz juga tidak mempunyai implikasi yang besar sekiranya si isteri memfailkan permohonan perceraian dalam masa yang sama. Ini kerana sekiranya kes perceraian telah selesai sebelum kes nusyuz, kes nusyuz tersebut tiada guna lagi untuk diteruskan. Dalam kebanyakan kes, si suami selaku Plaintif akan menarik balik kes nusyuz setelah kes perceraian selesai.


Dari sudut undang-undang syariah, sekiranya si isteri disabitkan nusyuz, hak si isteri terhadap nafkah sepanjang tempoh si isteri disabitkan nusyuz oleh Mahkamah telah gugur. Namun, hak-hak si isteri selepas perceraian adalah tidak dinafikan.


Oleh:

Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie




53 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page