Permohonan Faraid seringkali berlaku apabila terdapat kematian dalam kalangan keluarga. Namun, ramai pihak yang tidak tahu apakah dokumen yang mereka perlu kemukakan di Mahkamah Syariah bagi permohonan Faraid.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:-
Kad Pengenalan Pemohon
Sijil Kematian Si Mati
Sijil Pernikahan Si Mati
Sijil Pernikahan Ibu/Bapa Si Mati
Kad Pengenalan Waris-waris
Sijil Lahir Waris-waris
Sijil Kematian Waris-waris yang telah meninggal dunia.
Dokumen Harta Si Mati (Geran Tanah, Perjanjian Jual Beli Rumah, KWSP, Penayata Wang Simpanan Si Mati & lain-lain)
Siapakah yang dinamakan waris?
Datuk & Nenek
Ibu & Bapa
Suami/ Isteri
Anak-anak
Saudara Kandung
Saudara Sebapa
Saudara Seibu
Diharapkan maklumat ini dapat membantu anda di luar sana bagi membuat permohonan Faraid di Mahkamah Syariah.
Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie

Comments