top of page

BAGAIMANA MAHU KIRA NAFKAH ANAK?

fatihahthefirm


Dalam Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, jelas memperuntukkan bahawa bapa adalah bertanggungan untuk bayar nafkah anak.


Pada kebiasaannya, isu nafkah anak timbul setelah pihak-pihak berpisah dan anak dijaga sepenuhnya oleh ibu. Tapi bagaimana kiraan nafkah anak?


Nafkah anak hendaklah dikira berdasarkan perbelanjaan keperluan bulanan dan tahunan anak. Perbelanjaan bulanan termasuklah wang saku anak, tempat tinggal, perubatan, insurans bulanan dan lain-lain.


Manakala, perbelanjaan tahunan termasuklah perbelanjaan hari raya, yuran persekolahan, yuran pengajian dan lain-lain yang difikirkan sesuai.


Kemampuan serta tanggungan bapa juga adalah diambilkira.


Walaubagaimanapun, sekiranya pihak-pihak boleh bersetuju dengan amaun yang ditetapkan bersama, ianya tidak menjadi masalah dan keputusan boleh dibuat berdasarkan budibicara bersama.


Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie


 
 
 

Recent Posts

See All

GANTI RUGI PERTUNANGAN

Sekiranya anda menghadapi situasi begini, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil? Bagaimana dengan kerugian bagi persiapan...

Comments


Post: Blog2_Post

Tetuan Fatihah Salahuddin

©2021 by Fatihah The Firm. Proudly created with Wix.com

bottom of page