top of page
  • Writer's pictureNur Amalina

TINGKATKAN KEMESRAAN DALAM PERKAHWINAN

Updated: Feb 12, 2021

Kita ni berkahwin bukanlah hanya untuk sehari dua kan, kita nak kahwin sampai lah akhir hayat kita dengan pasangan. Orang kata, bercinta sampai syurga.


Tapi bila dh setahun dua kahwin tu mungkin tak sama dengan manisnya dan mesranya kita waktu mula-mula kahwin dulu. Mungkin dah macam-macam ujian, salah faham bawa ke bergaduh yang kita hadapi sampaikan kita rasa tak gembira dan hubungan suami isteri pun makin renggang. Jadi, pentingnya untuk kita selalu tingkatkan kemesraan dan keintiman di antara suami isteri. Kalau tak, takkan nak krik krik dan timbul rasa bosan dengan pasangan sendiri kan.


Jom baca dekat bawah; antara perkara yang kita boleh buat untuk tingkatkan kemesraan;

  1. Lihatlah kebaikan pada diri kita dan pasangan. Tunjukkan penghargaan kita dengan memberitahu perkara yang pasangan kita nak dengar atau berhak untuk dengar. Pilih lah untuk mengucap kata penghargaan berbanding kata kritik. Jom kita fikir sejenak; Apa yang kita hargai tentang suami/ isteri kita? Apa perkara terakhir yang suami/ isteri kita buat untuk buat kita rasa special? - Apa yang kita rasa suami/ isteri kita sangat perlukan dari kita sekarang?

  2. Berkongsi perasaan yang kita alami dengan pasangan. Kalau kita rasa marah, sedih, atau kecewa dengan pasangan, luahkan dan jangan sesekali pendam. Kita luah tak bererti kita nak salahkan pasangan, tetapi kita nakkan pasangan faham dan empati tentang perasaan kita yang kita alami. Contohnya; kita beritahu pasangan tentang kesan sesuatu perasaan terhadap diri kita, apa yang kita rasa bila pasangan kita mengkritik kita?

  3. Sentiasa memaafkan kesalahan pasangan dan kita meminta maaf terhadap pasangan akan salah kita. Sekiranya kita tak meminta maaf, atau memaafkan, ia boleh timbulkan kebencian antara pasangan dan konflik tersebut akan menjadi lebih besar dan berlarutan. Bertanggungjawablah semasa meminta maaf akan kesalahan kita, iaitu lebih daripada kebiasaan kita meminta maaf. Sebagai contoh, “Saya minta maaf ya, saya salah dan betul lah apa awak cakap tu. Saya tak ada hak pun nak cakap buruk/ tak baik pada awak”. Lagi baik, kita ambil initiatif untuk ubah sikap yang tidak patut tersebut.

  4. Bertanggungjawab dengan kesilapan kita sendiri. Dalam sesuatu konflik, sudah tentu kedua pihak suami dan isteri terlibat dan tiada pihak yang boleh dipersalahkan. Bahkan, cubalah fahami pandangan pasangan kita dan mengapa dia mempunyai perasaan tertentu. Contohnya; kita boleh nampak tak kenapa pasangan kita rasa kecewa dengan kita? kita sedar tak diri kita terlibat secara langsung dalam sesuatu isu yang timbul dan kita harus lakukan perubahan tingkah laku supaya pasangan kita tadi sudah tidak kecewa dengan kita.

  5. Ambil berat tentang pasangan dalam pelbagai cara. Paling simple, tanyalah perasaan pasangan kita sewaktu dia sedang menghadapi sesuatu perkara, ataupun bertanya perihal kerja dan keluarganya. Zahirkan keberadaan kita dan tanya kepada pasangan sekiranya dia memerlukan apa-apa dari kita. Memberi itu kan lebih baik dari menerima.

  6. Lindungi hubungan kita. Bunyinya memang sedikit sukar tetapi ia tersangat lah penting. Pasangan suami isteri haruslah memisahkan dirinya dari keluarga asal, dari kawan-kawan dan anak-anak. Wujudkanlah privasi dan hubungan utuh mesra sebagai suami isteri tanpa ada campur tangan pihak luar. Jangan biarkan keluarga asal, kawan dan anak mempengaruhi emosi dan perlakuan kita dengan pasangan. Sebagai contoh, kita harus tahu membezakan waktu untuk bersama pasangan dan juga orang lain dan kita harus tahu untuk menguruskan anak-anak, dan dalam masa yang sama, kita suami isteri masih ada masa berkualiti bersama dan bermesra.

  7. Nikmati hubungan dengan lakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama pasangan. Kita haru berbincang dengan pasangan tentang aktiviti yang kita ingin lakukan bersama seperti bercuti dan beriadah, serta apa yang membuatkan kita gembira terhadap perbuatan pasangan kita.


Justeru, nak buat dan praktis tu tak susah pun tau, asalkan ada toleransi dan hati yang ikhlas antara kita dengan pasangan. Lakukanlah dan raikanlah sekecil-kecil perubahan untuk kita membuat perubahan yang lebih besar. Good luck!

Nur Amalina Abd Laziz

Kaunselor Berdaftar

12 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page