top of page
  • fatihahthefirm

HIBAH BERTULIS VS HIBAH LISAN

Hibah adalah pemberian atas dasar kasih sayang sama ada daripada ibu bapa kepada anak-anak, daripada suami kepada isteri dan sebaliknya. Hibah juga tidak terhad kepada waris-waris sahaja.


Banyak kes kita dengar hibah dibuat secara lisan tanpa rekod bertulis. Persoalannya, sah kah hibah apabila dibuat secara lisan? Hibah yang dibuat secara lisan mahupun secara bertulis perlu dibuat pengesahan di Mahkamah Syariah. Dokumen dan bukti-bukti yang perlu dalam tuntutan pengesahan hibah sama ada hibah secara lisan atau bertulis haruslah mengikut rukun hibah:-


  1. Pemberi Hibah: Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran/Sijil Nikah/ Sijil Kematian Pemberi Hibah.

  2. Penerima Hibah: Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran/Sijil Nikah/Sijil Kematian Pemberi Hibah.

  3. Harta yang dihibahkan: Geran Tanah/Perjanjian Jual Beli Rumah & lain-lain.

  4. Lafaz Hibah (Ijab & Qabul): Dokumen Hibah (bagi hibah bertulis), Saksi-saksi yang menyaksikan lafaz hibah tersebut (hibah lisan).

  5. Al-Qabd: Penyerahan dan penggunaan harta yang dihibahkan secara langsung seperti penukaran nama di geran tanah & sebagainya.

Kesimpulannya, kedua-dua hibah sama ada secara lisan atau bertulis perlulah dibuat pengesahan di Mahkamah Syariah bagi penguatkuasaannya. Adalah digalakkan untuk membuat pengesahan hibah semasa Pemberi Hibah dan Penerima Hibah masih hidup.


Fatihah Salahuddin,

Peguam Syarie





40 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page